suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terbuka Perancis: Peluang Errani Raih Dua Trofi

Errani (kanan) bersama pasangan beregunya, Vinci dinobatkan juara kategori beregu wanita Terbuka Perancis 2012.
Errani (kanan) bersama pasangan beregunya,  Vinci dinobatkan juara kategori beregu wanita Terbuka Perancis 2012.
Errani (kanan) bersama pasangan beregunya, Vinci dinobatkan juara kategori beregu wanita Terbuka Perancis 2012.

TROFI kemenangan acara beregu yang diraih Sara Errani bersama pasangannya, Roberta Vinci dianggap sebagai hadiah pemanas badan sebelum beraksi pada final perseorangan Kejohanan Tenis Terbuka Perancis, Sabtu.

Errani/Vinci menewaskan pasangan ketujuh dunia dari Rusia, Maria Kirilenko/Nadia Petrova 4-6 6-4 6-2.

Pasangan beregu keempat dunia ini meraih gelaran Grand Slam pertama selepas menjadi naib juara pada Terbuka Australia baru-baru ini dan turut menang pada kejohanan di Monterey, Acapulco, Barcelona, Madrid dan Rom.

Errani yang bakal bertemu Maria Sharapova pada aksi final nanti merupakan pemain wanita pertama mara ke aksi akhir dua kategori selepas Kim Clijsters turut berada di situasi yang sama pada tahun 2003.

Sekiranya pemain Itali yang berada di ranking ke-10 ini berjaya menewaskan Sharapova, dia bakal mengikut jejak Mary Pierce (Perancis) yang merangkul dua trofi dalam satu kejohanan pada Terbuka Perancis 2000.

Artikel Lain