Beckham Kini Bukan Lagi Pemain Termahal Liga Bolasepak Amerika

DAVID Beckham kini bukan lagi pemain bolasepak dengan pendapatan paling tinggi dalam Liga Amerika (MLS) apabila pendapatannya dipotong sehingga 40% dalam kontrak baru yang ditandatanganinya bersama Los Angeles Galaxy.

Ekoran pemotongan tersebut, bekas kapten skuad kebangsaan England itu kini hanya memperolehi pendapatan asas AS$3 juta setahun dengan jaminan pampasan sebanyak AS$4 juta, demikian menurut data yang dikeluarkan oleh Kesatuan Pemain-Pemain MLS.

Bekas kapten Arsenal, Thierry Henry yang kini bermain untuk New York Red Bulls telah menggantikan tempat Beckham sebagai pemain paling tinggi menerima bayaran dalam MLS iaitu sebanyak AS$5 juta setahun dengan pampasan total berjumlah AS$5.6 juta.

Sebelum menandatangani kontrak baru bersama Galaxy, Beckham menerima pendapatan sebanyak AS$6.5 juta atau AS$32.5 juta selama lima tahun.

Kontrak tersebut telah tamat pada penghujung musim lalu.

Selain Beckham dan Henry, seorang lagi pemain ternama yang turut memperolehi pendapatan yang agak lumayan bermain di MLS ialah Robbie Keane.

Keane yang bermain untuk Galaxy bersama Beckham menerima sekitar AS$3.5 juta semusim.

Artikel Berikut

Barca Julang Piala Sepanyol

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain