suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Villa Pecat Pengurus & Kini Buru Pengurus Norwich

Paul Lambert
Paul Lambert
Paul Lambert

SELEPAS memecat Alex McLeish sebagai pengurus semalam (Isnin), pemilik kelab Aston Villa, Randy Lerner mahu menawarkan jawatan itu kepada pengurus Norwich, Paul Lambert.

Pemilik Villa dari Amerika itu telah memecat Alex McLeish hanya selepas 11 bulan melantiknya ke jawatan berkenaan dan kini sedang duduk berbincang dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Paul Faulkner untuk menyiapkan tawaran kepada Lambert, 42.

Pengurus Norwich berasal dari Scotland itu telah melakukan tugas yang sangat luar biasa dengan membimbing The Canaries ke tangga yang ke-12 liga selepas hanya semusim dinaikkan ke liga perdana.

Villa hampir tersingkir ke liga bawah Divisyen Satu pada musim ini.

Tetapi dengan Norwich hanya mampu menawarkan gaji sebanyak £15,000 seminggu sahaja kepada Lambert, ada kemungkinan besar, tawaran gaji dan pakej yang menarik akan mendorong bekas juara Piala Eropah itu menerima pelawaan Villa.

Artikel Lain