suria

Scholes Sambung Kontrak Setahun Lagi Bersama Man United

Paul Scholes
Paul Scholes
Paul Scholes

KUDA TUA Manchester United (Man Utd), Paul Scholes telah menandatangani kontrak baru untuk bermain selama satu musim lagi bersama kelab tersebut.

Pemain tengah berusia 37 tahun itu tetapi masih boleh berlari dan bermain seperti seorang yang baru berusia 27 tahun telah kembali menyarung jersi Man Utd semula Januari lalu selepas mengumumkan persaraannya beberapa bulan sebelum itu.

Beliau bertindak untuk membuat pusingan 'U' itu selepas United dilanda krisis kecederaan kepada beberapa pemain tengah.

Akhbar The Sun Uk melaporkan, Pengurus United, Alex Ferguson berkata: “Ia telahpun berjaya diselesaikan (kontrak baru)...Scholes akan bersama United untuk semusim lagi.”

Fergie menambah dengan berkata, pemain itu sedar seandainya dia mampu bermain 25 atau 30 perlawanan musim depan, dia akan menyerlahkan impak serta kualiti di dalam skuad utama.

“Tetapi saya juga sedar musim depan mungkin menjadi musim yang terakhir Scholes bersama kita...dia telah bermain untuk United sejak budak lagi,” jelas Ferguson.

Artikel Lain