suria

ARRC: Sasi Timba Pengalaman Berguna

Sasi (nombor 5) berada di hadapan sebelum terjatuh pada aksi ADC di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.
Sasi (nombor 5) berada di hadapan sebelum terjatuh pada aksi ADC di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.
Sasi (nombor 5) berada di hadapan sebelum terjatuh pada aksi ADC di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad.

SEPANG: Meskipun gagal meraih kedudukan podium pada pusingan pembukaan Piala Impian Asia (ADC) yang dijalankan bersama-sama dengan Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Antarabangsa Sepang minggu ini, pelumba negara, Sasitharen Sukumaran akui dia dapat menimba banyak pengalaman berguna.

Beraksi menentang 15 pelumba-pelumba dari sembilan negara Asia lain termasuk rakan senegara, Mohd Fitri Ashraf Razali, Sasi merasakan dia mampu untuk memberikan cabaran yang lebih baik pada perlumbaan akan datang.

"Pada Perlumbaan 1, saya berada di kelompok hadapan namun malangnya saya terjatuh setelah gagal mengelak dua pelumba Indonesia, Denny Triyugo Laksono dan Iswandi Muis yang terjatuh di hadapan saya.

"Namun saya berjaya meneruskan perlumbaan dan memintas seorang demi seorang pelumba dari kedudukan ke-13 sehingga berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan keenam," jelasnya.

Sasi berkata, pada Perlumbaan 2 pula, dia mengalami sedikit pergeseran dengan pelumba Australia dan menyebabkan sedikit ketinggalan walaupun sebenarnya dia yakin mampu untuk mencatat kedudukan yang lebih baik.

Selepas dua perlumbaan, Sasi kini menduduki tangga keempat keseluruhan hasil menduduki tangga keenam pada Perlumbaan 1 dan kelima pada Perlumbaan 2.

Juara berganda, Ono di tangga teratas dengan 50 mata diikuti Hikari Okubo kedua, 40 mata dan pelumba Thailand, Apiwat Wongthananon ketiga, 32 mata.

Artikel Lain