suria

Dortmund Benam Bayern Muncul Juara Piala Jerman

Pemain Dortmund meraikan kejayaan Jerman, Joachim Gauck (kanan) selepas menjuarai Piala Jerman.
Pemain Dortmund meraikan kejayaan Jerman, Joachim Gauck (kanan) selepas menjuarai Piala Jerman.
Pemain Dortmund meraikan kejayaan Jerman, Joachim Gauck (kanan) selepas menjuarai Piala Jerman.

BERLIN: Juara Liga Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund meledak lima gol bagi menumpaskan finalis Liga Juara-Juara Eropah, Bayern Munich 5-2 bagi menjuarai Piala Jerman pada perlawanan akhir di Stadium Olimpik Berlin, awal pagi Ahad.

Kemenangan itu memcatatkan rekod manis buat Dortmund apabila membolot dua trofi kejuaraan domestik Jerman sekali gus dan melakar sejarah ke-103 kelab itu.

Penyerang Poland, Robert Lewandowski melakukan hatrik untuk menafikan kecemerlangan Bayern yang akan bertemu Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, di Munich Allianz Arena, Sabtu depan.

Dortmund memenangi trofi Liga Jerman dengan lapan mata di depan Bayern.

Selain hatrik Lewandowski, gol Dortmund diperoleh menerusi bintang Jepun, Shinji Kagawa dan penalti yang disempurnakan pertahanan Jerman, Mats Hummels.

Bayern pula memperoleh gol menerusi Arjen Robben yang menyempurnakan penalti pada separuh masa pertama dan gol kedua menerusi penyerang Perancis, Franck Ribery.

Artikel Lain