suria

650 Juta Orang Dijangka Tonton Siaran Langsung Man Utd Lwn City

MANCHESTER: Kunjungan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United ke Stadium Etihad awal pagi Selasa depan dijangka akan ditonton oleh 650 juta orang di seluruh dunia.

Jika anggaran ini tepat ia akan mencatat sejarah baru sebagai perlawanan Liga Perdana Inggeris yang paling tinggi ditonton oleh para peminat di seluruh dunia.

Dan pengurus United, Sir Alex Ferguson menegaskan siapa yang memenangi perlawanan itu nanti berhak dinobatkan sebagai juara walaupun masih berbaki dua perlawanan lagi bagi kedua-dua pasukan.

Menurut akhbar The Sun UK, 16 stesen televisyen akan berada di Stadium Etihad nanti - juga satu rekod liga perdana.

Ia termasuklah ESPN Brasil, Canal+France, Abu Dhabi Media Company, Beijing TV dan ESPN Star yang memancarkan siaran langsung itu ke sebahagian besar benua Asia.

Artikel Sebelum

Artikel Lain