suria

Dua Lagi Atlet Paralimpik Berjaya Tempah Tiket Ke London

KUALA LUMPUR: Dua atlet powerlifting paralimpik negara Siow Lee Chan dan Sharifah Raudzhah Syed Akil berjaya menempah tiket ke temasya Sukan Paralimpik London 2012 dari 29 Ogos hingga 9 September ini.

Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrusahar Yusuf berkata dengan dua atlet terbaharu itu, kini seramai 12 atlet telah melayakkan diri ke temasya sukan itu.

Selain Siow dan Sharifah Raudzhah, antara atlet lain ialah tiga pemanah Mohd Zafi Rahman Mat Salleh, Hasinin Sahawi dan Zulkifli Mat Zin serta dua pelayar Al Mustakim Matrin dan Nurul Amilin Balawi.

Siow merupakan pemenang pingat tunggal bagi kontinjen negara pada Sukan Paralimpik 2008 di Beijing, China dengan meraih gangsa dalam acara wanita bawah 56kg.

Mohd Safrusahar menjangkakan seramai 25 atlet paralimpik bakal mewakili negara ke temasya sukan di London itu. "Ada empat sukan yang masih belum mengesahkan penyertaan mereka iaitu olahraga, renang, tenis kerusi beroda, dan lawan pedang kerusi beroda," katanya.

Beliau berkata sebagai persediaan menghadapi temasya itu, MSN telah mengatur pelbagai program termasuk menghantar atlet menyertai kejohanan du dalam dan luar negara.

Malaysia menghantar kontinjen terbesar seramai 19 atlet pada edisi ke-12 sukan itu di Athens, Greece pada 2004. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain