suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berlusconi Dilantik Semula Sebagai Presiden AC Milan

Silvio Berlusconi
Silvio Berlusconi
Silvio Berlusconi

SILVIO Berlusconi sekali lagi dilantik sebagai Presiden AC Milan secara rasminya pada Khamis.

Pelantikan Berlusconi dipersetujui oleh kesemua lembaga pengarah kelab tersebut.

Beliau pernah menjadi Presiden Milan pada 1986 hingga 2004 dan dilantik semula dari 2006 hingga 2008.

Berlusconi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Itali pada November tahun lalu.

Beliau sentiasa bertindak sebagai Presiden Milan walaupun Naib Presiden, Adriano Galliani mengendalikan kelab itu setiap hari.

Sementara itu, pada Khamis, penyerang Itali Antonio Cassano turut kembali berlatih bersama dengan rakan sepasukannya buat pertama kalinya selepas menjalani pembedahan jantung pada November lalu.

Bagaimanapun, Cassano masih memerlukan rawatan susulan bagi membolehkannya kembali ke tahap kecergasan sebenar.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak beraksi selepas dilaporkan kurang cergas ketika pertemuan dengan Roma pada 30 Oktober lalu.

Lima hari kemudian, dia menjalani pembedahan ringan untuk memulihkan penyakit jantung yang dihidapinya.

Cassano menjalani latihan bersama lapan rakan sepasukannya yang tidak beraksi pada suku akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Barcelona, Rabu lalu.

Artikel Berikut

Artikel Lain