suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramdan, Shahril Bakal Bergandingan Kategori CP130 Cub Prix 2012

KUALA LUMPUR: Dua pelumba Petronas Syntium Moto Yamaha AHM Mohd Ramdan Mohd Rosli dan Shahril Izzuwan Mohd Noor bakal bergandingan semula bagi mengharungi cabaran Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2012.

Pengurus pasukan Kenny Chua berkata beliau cukup yakin gandingan Ramdan dan Shahril adalah formula tepat buat pasukan merebut gelaran juara individu dan berpasukan CP130 yang di dominasi pasukan lain.

"Sudah dua tahun kami mencatat keputusan cemerlang dalam kategori CP115 jadi sekarang sudah tiba masa untuk memenangi kategori CP130 pula.

"Ia bukan mustahil kerana Ramdan dan Shahril merupakan dua pelumba berbakat, muda dan bertenaga serta mampu memberi saingan kepada pelumba handalan lain," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Beliau yang yakin dengan kemampuan kedua-dua pelumbanya bagaimanapun tidak memandang mudah saingan musim ini.

"Kami jangkakan banyak tekanan akan diterima daripada pesaing-pesaing lain, terutama pelumba senior yang jauh lebih berpengalaman," katanya.

Cabaran Kejuaraan Cub prix AAM Malaysia Petronas 2012 itu akan diadakan di Stadium Batu Kawan, Seberang Perai pada 31 Mac dan 1 April ini. - BERNAMA

Artikel Lain