suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beng Hee Mara Ke Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Pemain nombor dua negara Ong Beng Hee menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka KL Nicol David CIMB 2012 di Berjaya Times Square, malam Khamis.

Sebelum itu, beliau terpaksa berdepan rakan senegara, Mohd Nafiizwan Adnan, dalam satu perlawanan sengit yang berlangsung selama 91 minit.

Beng Hee memenangi set pertama 12-10 sebelum kalah pada dua set berikutnya kepada Mohd Nafiizwan 11-13 dan 6-11 sebelum bangkit semula untuk menguasai set dua berikutnya, 11-7 dan 11-7.

Beng Hee akan bertemu pemain Mesir Omar Mosaad, yang menewaskan Saurav Ghosal dari India 11-7, 11-9, 4-11 dan 11-7 pada perlawanan separuh akhir esok.

Dalam satu lagi perlawanan suku akhir, pilihan utama kejohanan Karim Darwish dari Mesir mendapat laluan mudah untuk menempah tempat ke pusingan berikutnya selepas menewaskan pemain Hong Kong Leo Au 11-5, 11-3 dan 11-9 dalam tempoh 29 minit.

Karim akan bertemu pemain England Adrian Grant yang menewaskan seorang lagi pemain Hong Kong Max Lee dalam perlawanan sengit selama 73 minit dengan 7-11, 9-11, 11-9, 11-4 dan 11-6. - BERNAMA

Artikel Lain