suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah Jawab Surat Tunjuk Sebab FAM - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa pada Jumaat mengesahkan telah menjawab surat tunjuk sebab FAM mengenai komen beliau berhubung prestasi skuad kebangsaan baru-baru ini.

"Pada 11.52 (pagi) tadi, surat jawapan saya diserahkan pada sekretariat/Setiausaha Agong (Datuk Azzuddin Ahmad) di Wisma FAM...by hand (menerusi tangan)," katanya menerusi laman sosialnya di Facebook, Jumaat.

Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkata, beliau bersedia menerima kritikan daripada mana-mana pihak dan akan mempertahankan badan induk bola sepak negara itu.

Beliau turut yakin jawapan dalam surat tunjuk sebab itu akan diterima baik oleh Jawatankuasa Disiplin FAM, yang dijangka bersidang pada 29 Mac ini untuk menentukan hukuman sesuai dikenakan ke atasnya.

Annuar sebelum ini dilaporkan mengkritik kemampuan skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.

Ekoran daripada kritikan itu, pada 17 Mac lepas FAM menghantar surat tunjuk sebab kepada Annuar untuk mendapatkan penjelasan lanjut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain