suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azzudin Nafi FAM Pinggirkan Skuad Bola Sepak Wanita

SHAH ALAM: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad menafikan dakwaan bahawa badan induk bola sepak negara itu meminggirkan skuad wanita kebangsaan.

Sebaliknya, beliau berkata skuad di bawah kendalian Jacob Joseph itu telah dihantar untuk menjalani latihan pusat di Teluk Intan, Perak sejak beberapa minggu lepas sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA di Myanmar tahun depan.

"Kita tidak mahu menggembar-gemburkan perkara ini...kenyataan bahawa kita meminggirkan skuad wanita kebangsaan tidak tepat," katanya kepada pemberita pada sidang media untuk memperjelaskan prestasi semasa skuad bola sepak kebangsaan, di sini, Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSWM) Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad Isnin lepas yang kecewa dengan FAM kerana gagal memberikan reaksi positif mengenai pembentukan semula skuad bola sepak wanita kebangsaan yang baru.

Azzudin berkata selain itu, FAM turut komited dengan mewujudkan program pembangunan akar umbi untuk sukan bola sepak wanita dengan melibatkan beberapa negeri.

FAM mengambil keputusan untuk membubarkan skuad wanita kebangsaan pada 2010 selepas mempamerkan prestasi mengecewakan pada Sukan SEA Laos pada 2009 termasuk dibelasah 0-14 kepada Thailand pada perlawanan pembukaan.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain