suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Titik Perubahan Kepimpinan KOM Mungkin Berlaku Bulan Depan

KUALA LUMPUR: Titik perubahan kepimpinan dalam Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) mungkin berlaku apabila jawatan presiden, timbalan presiden dan naib presiden dipertandingan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijangka diadakan bulan depan.

Pemangku Pengurus Besar KOM, Anthony Samy Silvarajoo berkata pencalonan bagi tiga jawatan utama itu masih belum dibuka sehingga keputusan tarikh mesyuarat itu ditentukan.

"Tarikh dan tempat bagi AGM 2012 hanya akan diputuskan pada mesyuarat majlis tertinggi KOM yang akan bersidang selepas menerima maklum balas dari audit dalaman persatuan," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Pada bulan lepas, KOM telah menghantar laporan kewangan tahunan kepada audit bagi membolehkan AGM diadakan.

Beliau berkata kemungkinan besar AGM akan tetap diadakan pada bulan depan namun tarikhnya masih belum diputuskan.

Bagaimnapun, Samy tidak mahu memberi butiran lanjut mengenai siapa yang akan dicalonkan oleh ahli gabungan badan induk itu bagi tiga kerusi panas tersebut. - BERNAMA

Artikel Lain