suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bolton Sedang Memikirkan Untuk Tarik Diri Daripada Piala FA

KELAB bolasepak Liga Perdana Inggeris, Bolton Wanderers akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) bagi menentukan sama ada akan menarik diri daripada meneruskan perlawanan suku akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspurs.

Perlawanan yang berlangsung Sabtu lalu terpaksa dibatalkan separuh jalan apabila pemain Bolton, Fabrice Muamba tiba-tiba jatuh terkulai di atas padang akibat diserang sakit jantung.

Situasi pemain itu masih lagi kritikal dan ditahan di Unit Rawatan Rapi sehingga sekarang di London Chest Hospital.

Sebahagian besar pemain dan pihak pengurusan Bolton berpendapat, insiden berkenaan sangat sukar untuk ditanggung oleh mereka dalam tempoh yang singkat.

Para pemain telah menyaksikan saat-saat mencemaskan itu di hadapan mata mereka sendiri dan trauma tersebut masih belum hilang sehingga kini.

Bolton telah pun berjaya memperolehi kebenaran untuk menangguhkan perlawanan menentang Aston Villa pada Selasa (esok).

Mengikut jadual, perlawanan ulangan suku akhir Piala FA itu sepatutnya berlangsung Selasa atau Rabu akan datang.

Pengurus Bolton, Owen Coyle sendiri berkata: "Tidak ada seorang pun pemain saya yang berada dalam situasi yang benar-benar bersedia untuk bermain semula buat masa ini. Fikiran dan minda mereka tertumpu kepada nasib dan masa depan Fabrice Muamba..."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain