suria

Wan Jamak Hantar Surat Rayuan Kepada FAM Esok

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan Kedah, Wan Jamak Wan Hassan mengambil keputusan untuk mengemukakan rayuan secara rasmi kepada jawatankuasa tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengurangkan tempoh hukuman penggantungan yang bakal dikenakan kepadanya.

Wan Jamak, 53, berkata beliau akan hadir ke pejabat FAM petang Jumaat bagi membincangkan perkara tersebut bersama bahan bukti bagi membela dirinya daripada tuduhan mengkritik mutu pengadilan sebelum ini.

"Saya tidak dapat memberi komen sepenuhnya sebelum berjumpa dengan mereka (FAM) terlebih dahulu bagi mengelak berlakunya salah faham," katanya.

Urusetia FAM sebelum ini menghantar surat pertuduhan kepada Wan Jamak setelah beliau didakwa mengkritik mutu pengadilan ketika menyaksikan anak didiknya beraksi sekadar seri 1-1 menentang Perak di perlawanan perlawanan terakhir Kumpulan A pada 28 Sept lalu.

Jika disabit kesalahan tersebut yang melanggar kod etika FAM, Wan Jamak boleh dikenakan hukuman penggantungan dalam tempoh jangka masa enam bulan hingga dua tahun berserta dengan denda wang tunai RM6,000.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain