Venue WCA 2011 Di Langkawi Bertaraf Antarabangsa - Sukan | mStar

Venue WCA 2011 Di Langkawi Bertaraf Antarabangsa

LANGKAWI: Sejumlah 153 pasukan dari 35 negara akan memulakan saingan pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA 2011) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Padang Mat Sirat di sini Jumaat.

Pengerusi WCA 2011 Datuk Seri Mahdzhir Khalid berkata kejohanan yang kali pertama diadakan dalam sebuah dewan tertutup MIEC itu yang setaraf dengan piawaian antarabangsa bagi kejohanan paintball antarabangsa.

"Saya berpuas hati dengan persiapan oleh urusetia selama dua minggu dan berharap kejohanan tiga hari itu akan berjalan lancar," katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan akhir empat gelanggang pertandingan itu pada Khamis.

Juara keseluruhan kejohanan itu akan menerima piala dan wang tunai berjumlah US$50,000 (RM157,625).

Mahdzir berkata walaupun sukan paintball bertaraf dunia tetapi ia masih baru di negara ini dan berharap peminat paintball tempatan khususnya dari Kedah akan hadir menyaksikan pertandingan tersebut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin

Hujung minggu yang panjang pada 2019