suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Valdano Kritik Tingkah Laku Mourinho

BEKAS pengarah Real Madrid, Jorge Valdano percaya tindakan Jose Mourinho baru-baru ini mencemarkan imej kelab gergasi bola sepak itu.

Valdano yang memenangi tiga kejuaraan La Liga sebagai pemain Real menyelar pengurus Madrid selepas Mourinho kelihatan bertengkar dengan penolong Barcelona, Tito Vilanova di tepi padang.

Insiden itu tercetus selepas pemain terbaru Catalan, Cesc Fabregas dijatuhkan secara keras di pusingan kedua Spanish Supercopa.

Mourinho dan Valdano mempunyai perhubungan dingin sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Difahamkan Valdano meletakkan jawatan selepas kehilangan kuasa dengan pakar taktik dari Portugal itu.

"Apa yang berlaku adalah tidak baik kepada Real Madrid mahupun Mourinho," Valdano memberitahu media.

"Saya yakin tiada sesiapa yang bangga dengan apa yang terjadi," katanya.

Sementara itu, Valdano mengakui Barcelona bijak merekrut pada musim panas ini terutama pemain sayap Alexis Sanchez dan pemain tengah, Cesc Fabregas.

Artikel Lain