suria

Universiade 2011: Malaysia Masih Belum Capai Sasaran Pingat

SHENZHEN: Malaysia masih menunggu sebutir kilauan emas sebelum mencapai sasaran pingat pada temasya Sukan Universiti Dunia 2011 (Universiade) yang masuk hari kesembilan pada Sabtu.

Dalam kedudukan pungutan pingat, Malaysia turun tiga anak tangga untuk menghuni tempat ke-43 selepas pulang dengan tangan kosong selepas saingan hari ini.

Kontinjen negara meletakkan sasaran sebutir emas, sebutir perak dan satu gangsa pada temasya dwitahunan kali ini.

Walaupun, setakat ini, Malaysia memperoleh satu perak dan satu gangsa, namum ia merupakan pencapaian baik selepas alet taekwondo Chee Chew Chan membawa pingat gangsa sulung pada edisi lepas di Bangkok, Thailand, pada 2009.

Pasukan tuan rumah, China terus kekal mengungguli carta pungutan pingat dengan 45 butir emas, 25 perak dan 24 gangsa diikuti Russia dengan 27 emas, 25 perak dan 28 pingat gangsa.

Jepun kembali merampas kedudukan tempat ketiga daripada Korea Selatan setelah mengutip 19 pingat emas, 22 perak dan 29 gangsa.

Malaysia masih berusaha memburu pingat ketiganya setelah penembak negara Nur Ayuni Farhana Abdul Halim layak ke pusingan akhir bagi acara 50m Rifle tiga posisi pada Ahad.

Selain itu, tumpuan juga akan diberikan kepada acara terjun pada Ahad apabila penerjun negara Bryan Nickson Lomas akan beraksi dalam acara 3m papan anjal. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain