suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kewell Bakal Sertai Kelab Melbourne Victory

BINTANG bola sepak dari Socceross, Harry Kewell bersetuju untuk menyertai kelab Melbourne Victory walaupun masih "diburu" oleh banyak kelab di Liga Australia.

Kewell difahamkan bakal menandatangani kontrak tiga tahun dengan kelab itu.

Kelab Victory mengesahkan persediaan sedang dibuat untuk mengumumkan perkara tersebut pada satu sidang media di Melbourne pada Sabtu.

Victory telah berunding dengan Kewell dan ejennya, Bernie Mandic sejak Jun lalu.

Kewell, 32, kali terakhir bermain untuk kelab Turkey, Galatasaray. Sepanjang kerjaya bola sepak selama 15 tahun di Eropah, dia pernah bermain untuk kelab Leeds dan Liverpool.

Artikel Lain