suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Ping Pong Asia Di Lubnan Ditunda

KUALA LUMPUR: Kejohanan Ping Pong Asia ke-20 yang dijadual diadakan di Beirut, Lubnan dari 12 hingga 18 Sept terpaksa ditunda berikutan keadaan tidak selamat di negara itu akibat pergolakan di negara jirannya Syria.

Penundaan kejohanan itu diumumkan dalam laman web rasmi Kesatuan Ping Pong Asia (ATTU) yang tidak menyatakan tarikh dan venue baru kejohanan.

Berikutan penundaan itu, Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) membatalkan penghantaran Muhd Shakirin Ibrahim, Chai Kian Beng, Muhamad Ashraf Haiqal Muhamad Riza dan pemain wanita Beh Lee Wei, Ng Sock Khim, Chiu Soo Jiin serta Lee Rou You.

Pengarah Eksekutif TTAM, Soong Poh Wah ketika dihubungi mengesahkan penundaan kejohanan tersebut.

"TTAM baru sahaja mendapat tahu mengenai penangguhan hal ini. Oleh itu, kita hilang satu peluang untuk mencari pengalaman sebelum beraksi di temasya Sukan SEA di Indonesia.

"Ini merupakan kejohanan antarabangsa yang terakhir buat mereka sebelum empat pemain iaitu dua lelaki dan dua wanita dipilih ke temasya itu," katanya kepada Bernama Rabu.

Soong berkata berikutan penundaan kejohanan tersebut, atletnya akan terus berlatih di Majlis Sukan Negara di Bukit Jalil sehinggalah berlangsungnya temasya Sukan SEA bermula 11-25 Nov ini.

Kejohanan di Lubnan itu sepatutnya disertai Malaysia, Uzbekistan, Emiriah Arab Bersatu), Qatar, Singapura, India dan China. - BERNAMA

Artikel Lain