suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atlet Lawan Pedang Tidak Mudah Mengalah

SHENZHEN: Biarpun gagal meraih sebarang pingat pada acara saber individu lelaki, atlet lawan pedang negara, Liong Ming Chang tidak mudah mengalah ketika beraksi menentang peserta lain pada perlawanan peringkat pertama secara berkumpulan yang berlangsung di Exhibition Center 9th Hall Sabtu.

Malaysia diletakkan bersama tuan rumah China, Poland, Ukraine, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Hungary dan Rusia.

Pada perlawanan itu, Liong tewas 3-5 kepada Csanad Gemesi (Hungary), 2-5 kepada Xinhua Ouyang (China), 0-5 kepada Gu Bon Gil ( KOrea Selatan), 0-5 kepada Maciej Regulewski (Poland), 0-5 kepada Aleksander Ochocki (Amerika Syarikat) dan 4-5 kepada Maksim Balok (Rusia).

Liong, 22, berkata beliau telah melakukan aksi yang terbaik namun gagal untuk mengatasi saingan hebat daripada peserta negara lain.

"Ini adalah kali pertama saya beraksi dengan atlet lawan pedang dari negara Eropah dan ianya adalah pendedahan cukup berguna untuk saya pada masa hadapan.

"Berdasarkan pengalaman ini saya akan berlatih dengan lebih bersungguh-sungguh agar berupaya untuk beraksi dengan atlet Eropah pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Beliau berharap pengalaman di Shenzhen akan membantunya meraih pingat emas dalam acara saber berkumpulan apabila beraksi di temasya sukan SEA Indonesia hujung tahun ini. -BERNAMA