suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

YNS Adakan Pemilihan Terbuka Di Bukit Jalil Sabtu Ini

SEREMBAN: Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan mengadakan ujian bagi memilih pemain pasukan itu untuk Liga Hoki Kebangsaan TNB/PHM 2011, Sabtu ini dan semua pemain dari seluruh negara dijemput mengikutinya.

Penyelaras pasukan hoki YNS P.Tamil Selvam berkata pemilihan akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.

"Pemilihan ini terbuka kepada mana-mana pemain hoki dari seluruh negara dan kita harap mereka mengambil peluang ini," katanya, Rabu.

YNS berharap untuk menyenaraikan 20 pemain bagi latihan pusat sebelum kejohanan itu bermula pada 23 Sept ini.

"Kami berharap dapat mencapai keputusan terbaik pada kejohanan kali ini setelah sekian lama tidak menyertainya," kata Tamil Selvam yang juga Setiausaha Persatuan Hoki Negeri Sembilan.

Pemain berminat untuk menghadiri ujian pemilihan itu boleh menghubungi beliau di talian 019-3650303 untuk maklumat lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain