suria

Adam Agan, Bintang Muda Skuasy Tidak Gentar Hadapi Cabaran Di Hong Kong

MELAKA: Bintang muda Skuasy Melaka, Adam Agan Aziz tidak gentar untuk menghadapi cabaran Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Hong Kong yang bakal berlangsung selama lima hari bermula Rabu ini.

Adam, 11, bertekad ingin mengulangi kejayaannya di Jepun sebelum ini dan yakin mampu mengulanginya melalui latihan bersepadu jurulatih dari Pakistan, Ifrahim Gul serta sokongan bapanya Aziz Jaafar, 47, dan ibunya Freda Maran, 40.

"Saya tidak sedikit pun merasa gentar atau kurang yakin untuk menghadapi cabaran di Hong Kong kerana saya dapat menimba pelbagai pengalaman berguna melalui penyertaan kejohanan tempatan serta luar negara," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Insentif Galakan Negeri di Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin, Ayer Keroh di sini, Isnin.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim.

Adam Agan berkata semasa di Jepun beliau menerima saingan hebat daripada pemain negara itu, namun bagi kejohanan akan datang ini, beliau yakin mampu mengatasi tentangan daripada pasukan lawan.

Sementara itu, Freda berkata Adam yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu, sebelum ini berjaya berhadapan dengan cabaran dari pesaing negara luar seperti Korea, Jepun, Hong Kong dan Singapura.

Insentif Galakan yang diterima Adam adalah sumbangan cek bernilai RM400 daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Melaka, Majlis Sukan Negara (RM600) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Tun Syed Ahmad Shahabudin berjumlah RM300. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain