suria

Ferguson Belum Puas Hati

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson mahu pemain-pemainnya tidak menghiraukan kritikan kepada mereka, sebaliknya terus memberi tumpuan sekiranya ingin menjulang gelaran juara liga musim ini.

Pasukan United meneruskan penguasaan tanpa kalah dalam 20 perlawanan setakat ini dan terus menguasai kedudukan liga dengan meninggalkan tiga mata pencabar terdekat, Manchester City.

Biarpun dapat melihat jaringan menakjubkan yang dilakukan oleh Javier Hernandez dan Nani pada perlawanan menentang Stoke City awal pagi Rabu sekali gus ia turut memberi amaran tentang kebangkitan mereka kepada pasukan lain, namun Ferguson masih belum berpuas hati dan tetap memberi peringatan kepada anak buahnya agar terus komited terhadap tugas masing-masing.

“Memang mudah untuk kami membuat sasaran, tetapi kami boleh hilangkan itu juga jika tidak ada fokus. Apa yang penting sekarang ialah menumpukan sepenuhnya cita-cita kami untuk menjuarai trofi liga musim ini.

Sementara itu, Ferguson turut pening kepala dengan mempunyai dua orang penyerang yang hebat yang kini mula memberi impak besar kepada pasukannnya.

Penyerang muda dari Mexico, Hernandez menggantikan Wayne Rooney ketika dia mengalami masalah kecederaan di buku lali sebelum ini, namun kini Rooney telah kembali cergas.

“Sudah tentu ia memberi masalah kepada saya selepas Rooney kembali menemui sentuhannya. Tetapi ini adalah masalah yang kamu ingini. Sebelum ini pun posisi penyerang memang selalu memberi masalah kepada saya.

“Itu adalah tugas Chiko. Selagi dia boleh menjaringkan gol, dia akan terus memberi masalah kepada saya,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain