suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shaharudin Masih Gagal Berlari: Jurulatih

KUALA LUMPUR: Pelari marathon kebangsaan, Shaharudin Hashim perlu melakukan catatan masa kurang daripada dua jam 30 minit pada Kejohanan Standard Chartered Hong Kong Marathon 2011 pada 20 Februari depan, untuk layak ke Sukan SEA di Palembang, Indonesia November ini.

Meskipun berusia 35 tahun, jurulatih marathon kebangsaan P.Sidamparam yakin anak didiknya itu mampu mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian terbaik Shaharudin tahun lepas.

Atlet dari Perak itu muncul pelari terbaik kategori tempatan terbuka di Kejohanan Standard Chartered KL Marathon 2010, dengan catatan masa dua jam 33 minit.

Bercakap kepada Bernama pada Khamis, Sidamparam berkata anak didiknya itu memiliki tahap disiplin tinggi dan kesungguhan luar biasa.

"Sukan marathon kurang diminati oleh atlet muda kerana ia memerlukan tahap disiplin dan kesabaran yang tinggi, baik ketika latihan mahupun bila beraksi di arena perlumbaan.

"Shaharudin masih mempunyai masa untuk mencipta nama dalam sukan marathon, iaitu sebelum menjangkau umur 40 tahun," katanya yang turut berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana memberikan pelepasan kepada anak didiknya itu melakukan latihan sebelum beraksi di Hong Kong.- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ferguson Belum Puas Hati

Artikel Lain