suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

40 Kapal Layar Sahkan Sertai Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2011

LANGKAWI: Sejumlah 40 kapal layar dari dalam dan luar negara mengesahkan akan menyertai perlumbaan Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2011 di sini selama lima hari mulai 11 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal kejohanan, Ahmad Zailani Bashah berkata antara negara berkenaan adalah Australia, Hong Kong, Jepun, Taiwan, New Zealand, Thailand, Jerman dan Malaysia.

Satu acara baru kelas Hobie16 iaitu kapal layar berukuran 4.8 meter panjang dikemudi dua pelayar, akan dipertandingkan buat pertama kali, katanya kepada BERNAMA di sini Selasa.

Sehingga kini enam pasukan mendaftar untuk bertanding kategori itu, katanya.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turut bertanding mempertaruhkan kapal layar Navy 1 yang bertanding dalam kelas Sport, Zuhrah (kelas Racing) dan Musytari (kelas Enam).

Setiausaha Persatuan Perahu Layar Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lt Chin In berkata pelayar-pelayar terbabit giat menjalani latihan pusat di pangkalan TLDM Lumut sejak dua minggu lepas.

Artikel Lain