suria

England Seri 0-0 Dengan Montenegro

Penyerang England, Peter Crouch diasak Milan Jovanovic (kiri) dan Milorad Pekovic (kanan) ketika pertemuan di Wembley, Selasa.

LONDON: Fabio Capello menegaskan beliau tidak akan mengundur diri selepas England terikat 0-0 dengan Montenegro yang menyebabkan kempen kelayakan Euro 2012 mereka berada di hujung tanduk.

Meskipun England mempunyai lima perlawanan yang masih perlu diharungi dalam Kumpulan G, Capello sedar pasukannya mensia-siakan peluang untuk terus gah di kedudukan teratas.

Montenegro kini mendahului dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

"Setiap perlawanan kini akan menjadi lebih sukar. Perlawanan seterusnya amat penting di Wales," kata Capello.

Selepas beraksi cemerlang pada kempen kelayakan bulan lalu, persembahan hambar, Selasa mengimbau kembali kenangan pahit ketika bertemu Algeria pada Piala Dunia.

Menurut Capello, England kekal sebagai pasukan terbaik walaupun kelihatan goyah ketika bertemu Montenegro.

"Saya percaya kami adalah pasukan terbaik. Perkara seperti ini sentiasa berlaku apabila kita tidak beraksi pada perlawanan sebenar.

"Saya tetap akan mempertahankan maruah pasukan. Kami masih ada baki lima perlawanan. Ini adalah bola sepak, bukannya pertandingan tinju. Anda tidak akan menang berdasarkan mata," jelasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain