suria

Atlet Kedua Nigeria Positif Bahan Terlarang

NEW DELHI: Seorang lagi atlet Nigeria didapati positif menggunakan bahan larangan pada Sukan Komanwel 2010, kes kedua dalam tempoh dua hari.

Presiden Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) Mike Fennell memberitahu wakil media, atlet berkenaan, Samuel Okon didapati positif menggunakan bahan perangsang yang dilarang iaitu Methylexanemine.

Okon ialah finalis dalam acara lompat pagar 110-meter yang berlangsung di Delhi Jumaat lepas.

"Terdapat kesalahan doping (dikesan semalam) oleh Samuel Okon yang menggunakan bahan larangan Methylexanemine.

Menurut standard antidoping, kami telah memaklumkan perkara itu kepada atlet berkenaan dan pendengaran awal akan diadakan pada hari ini (Selasa)," kata Fennell kepada wakil media, Selasa.

Semalam atlet Nigeria, Osayomi Oludamola, pemenang pingat emas acara 100 meter wanita pada temasya ini didapati positif dan sedang menunggu keputusan ujian sampel B.

Menurut CGF, atlet itu juga menggunakan bahan larangan yang sama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain