suria

Australia Belasah Malaysia 7-0 Bagi Nafi Tempat Ke Separuh Akhir

NEW DELHI: Malaysia mengalami kekalahan paling teruk dalam temasya Sukan Komanwel apabila dibelasah 7-0 oleh Australia dalam perlawanan hoki lelaki Kumpulan A di Stadium Nasional Major Dhayn Chand di sini Ahad.

Australia memulakan jaringan seawal minit kelima menerusi Luk Doerner dan kemudian menghasilkan jaringan hatrik bagi menyingkirkan Malaysia dari perebutan tempat ke separuh akhir.

Gol seters Australia disumbangkan oleh Simon Orchard, Glenn Turner, Chris Ciriello dan Eddie Ockenden.

Australia mendahului 4-0 pada separuh masa.

Kejayaan mudah itu membolehkan Australia muncul juara kumpulan, sekaligus layak ke separuh akhir manakala dalam lagi perlawanan kumpulan sama, India menewaskan musuh tradisi Pakistan 7-4 untuk menempah tiket ke separuh akhir. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aksi Atlet Malaysia Hari Ini

Artikel Lain