suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ukraine Kecundang Di Tangan Brazil

Pato menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-62.
 Pato menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-62.
Pato menjaringkan gol kedua Brazil pada minit ke-62.

GOL sumbangan Dani Alves dan Alexandre Pato sudah memadai buat Brazil untuk menewaskan Ukraine 2-0 dalam perlawanan persahabatan pada Isnin.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan gol yang mampu meletakkan Ukraine semula dalam persaingan dibatalkan.

Mano Menezes terus menggalas tanggungjawab selaku pengurus Brazil dengan menurunkan barisan pemain muda diketuai oleh Pato yang mengemudi bahagian serangan.

Benteng pertahanan Ukraine cukup ampuh tetapi kehilangan tonggak utama Andriy Shevchenko untuk memperkukuhkan barisan hadapan memberi impak besar kepada pasukan itu.

Pada perlawanan kali ini, Brazil menceriakan penonton di Pride Park dengan mempamerkan pergerakan menarik dan melakukan hantaran kemas menerusi gandingan mantap pemain di barisan hadapan.

Sebaik saja pengadil Martin Atkinson meniup wisel penamat, Brazil kini berada pada prestasi terbaik dan masih belum tewas dalam tiga perlawanan persahabatan di bawah pimpinan Menezes.

Artikel Sebelum

Artikel Lain