suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barca Setuju Lepas Henry, Toure

BARCELONA bersetuju untuk melepaskan khidmat penyerang Perancis, Thierry Henry (gambar) dan pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure.

Henry yang baru pulang daripada aksi Piala Dunia minggu lalu selepas penyingkiran awal Perancis bersetuju dengan keputusan itu sebelum berlepas ke Afrika Selatan kerana sering memanaskan bangku simpanan musim lalu.

"Kini segalanya terpulang kepada Henry. Ia membolehkan Barca mengurangkan kos dalam perancangan kewangan tahun depan," kata Pengarah Barca, Joan Oliver.

Henry, 32, antara pemain yang menerima pendapatan tinggi dalam skuad kendalian Pengurus Pep Guardiola dan masih mempunyai baki kontrak selama setahun di Nou Camp.

Penyerang sensasi itu sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke New York Red Bulls di Amerika Syarikat.

Barcelona juga turut berbincang dengan Manchester City mengenai masa depan Toure yang meminta untuk dilepaskan seperti Henry.

"Keputusan bergantung kepada pemain dan wakil masing-masing. Apa yang perlu dipersetujui adalah syarat pemain dengan kelab baru," tambahnya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain