suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Argentina Akan Singkirkan Jerman - Maradona

JOHANNESBURG: Selepas skuadnya menang 3-1 ke atas Mexico awal pagi tadi, jurulatih Argentina, Diego Maradona berkata beliau akan memilih pemain terbaik untuk menjadikan Jerman sebagai mangsa seterusnya di suku akhir nanti.

Dua jaringan daripada bekas pemain Manchester United, Carlos Tevez dan satu oleh Gonzalo Higuain yang juga keempat sepanjang Piala Dunia kali ini sudah cukup memastikan Argentina kini di puncak.

Maradona yakin skuasnya akan mengalahkan Jerman yang melangkah ke suku akhir malam tadi selepas menumbangkan England 4-1 di Cape Town. “Kami akan mengembleng tenaga untuk menjadikan pasukan yang terbaik dengan bakat pemain yang kami miliki untuk menentang Jerman nanti," katanya.

“Saya akan memilih pemain yang tepat untuk memastikan kami menumpaskan Jerman. Kami tahu Jerman adalah pasukan yang sukar untuk ditumbangkan. Mereka kuat tetapi kami akan menampilkan pemain yang tepat di padang nanti," katanya.

Bagaimanapun, perlawanan Argentina dan Mexico mencetuskan gol kontroversi apabila jaringan Tevez pada separuh masa pertama menunjukkan beliau jelas off-side.

Maradona juga menyatakan tidak puas hati dengan corak pengadi apabila bintang penyerangnya, Lionel Messi dikasari lima kali oleh pertahanan Mexivo dengan Rafael Marquez hanya dikenakan kad kuning selepas 28 minit. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain