suria

Ballack Kembali Perkuat Bayer Leverkusen

Ballack akan beraksi dalam Bundesliga musim depan.
Ballack akan beraksi dalam Bundesliga musim depan.
Ballack akan beraksi dalam Bundesliga musim depan.

PEMAIN kebangsaan Jerman, Michael Ballack telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama Bayer Leverkusen selepas dilepaskan oleh Chelsea, lapor kelab itu semalam.

Ballack, 33, tidak bersetuju dengan syarat baru yang ditetapkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas empat tahun memperkuat skuad The Blues itu.

Kecederaan yang melanda pemain tengah itu memaksanya kembali menyarung jersi Bundesliga yang pernah disertainya pada 1999 hingga 2002.

Walaupun menerima tawaran balas daripada Wolfsburg, Ballack memutuskan untuk mengikat kontrak bernilai 4.94 juta pound (RM24.19 juta) setahun bersama Bayer.

Pengalamannya sepanjang bersama Chelsea amat penting untuk membantu Bayer selepas pasukan itu menduduki tempat keempat pada saingan Bundesliga musim lalu.

Artikel Sebelum

Zulfahmi Raih Tempat Ke-22

Artikel Berikut

Artikel Lain