suria

Zulfahmi Raih Tempat Ke-22

Zulfahmi sentiasa berusaha untuk memperbaiki kedudukannya dalam kategori 125cc.
Zulfahmi sentiasa berusaha untuk memperbaiki kedudukannya dalam kategori 125cc.
Zulfahmi sentiasa berusaha untuk memperbaiki kedudukannya dalam kategori 125cc.

MASALAH teknikal pada jentera yang dialami pelumba Pasukan AirAsia-Litar Antarabangsa Sepang, Zulfahmi Khairuddin ketika perlumbaan MotoGP Britain, 18 Julai lalu masih menghantuinya di Litar Van Drenthe, Belanda kelmarin.

Begitupun, pelumba berusia 18 tahun itu berjaya menamatkan saingan di tempat ke-22 dengan catatan 39:29.604 saat.

Ia membuktikan kebangkitan anak jati Banting, Selangor itu selepas terlibat dengan kemalangan pada 20 minit terakhir sesi warm up awal pagi kelmarin.

"Kami mahu melihat dia menamatkan perlumbaan dalam kedudukan 20 teratas tetapi dia berjaya memperbaiki catatannya. Keupayaannya meraih kedudukan ke-22 dalam perlumbaan adalah satu bonus," kata Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Razlan Razali.

Menurut Razlan, penampilan sulung Zulfahmi dalam Kejuaraan Dunia 125cc harus dipuji memandangkan dia tiada sebarang pengalaman pada saingan itu sebelum ini.

"Dia melakukan peningkatan dari semasa ke semasa. Fahmi terlibat dengan kemalangan beberapa kali tetapi dia sentiasa membuktikan keupayaannya dalam setiap perlumbaan," tambahnya.

Keputusan Zulfahmi ketika sesi latihan kelmarin memberikan sedikit harapan bahawa masalah teknikal pada jenteranya sudah diselesaikan.

Dia berjaya memperbaiki kedudukannya dari tempat ke-23 (1:47.026 saat) pada sesi latihan pertama ke tempat ke-22 (1:46.674 saat) pada sesi latihan kedua.

Namun, Zulfahmi tergelincir ke kedudukan ke-25 dalam pusingan kelayakan Jumaat lalu akibat masalah suspensi di bahagian hadapan jenteranya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain