suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ivory Coast Tersingkir, Eriksson Letak Jawatan

Eriksson meletak jawatan selaku pengurus Ivory Coast.
Eriksson meletak jawatan selaku pengurus Ivory Coast.
Eriksson meletak jawatan selaku pengurus Ivory Coast.

SVEN-Goran Eriksson enggan memberi sebarang komen berhubung masa depannya selepas meletak jawatan selaku Pengurus Ivory Coast.

Ivory Coast tersingkir pada aksi peringkat kumpulan selepas gagal memintas Portugal yang menduduki tangga kedua Kumpulan G.

Kini, kontrak jangka masa pendek pengurus kelahiran Sweden itu sudah berakhir dan timbul spekulasi dia akan kembali dalam bidang pengurusan kelab.

Fulham mungkin destinasi yang akan ditujuinya selepas ini memandangkan Pengurus Roy Hodgson dilaporkan akan mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Rafael Benitez di Liverpool.

Jumaat lalu laman web Goal.com UK mendedahkan bekas pengurus England itu adalah empat calon yang disenarai pendek untuk mengemudi Fulham musim depan di samping bekas pengurus Charlton, Alan Curbishley.

Eriksson masih lagi berteka-teki mengenai masa depannya selepas Ivory Coast menewaskan Korea Utara 3-0.

"Sudah jelas, karier saya sudah berakhir bersama Ivory Coast selepas aksi Piala Dunia kami terhenti. Bermula hari ini saya akan menyaksikan beberapa perlawanan bola sepak dan bercuti bersama keluarga," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain