17 Atlet Paralimpik Tempah Tiket Ke Sukan Para Asia - Sukan | mStar

17 Atlet Paralimpik Tempah Tiket Ke Sukan Para Asia

KUALA LUMPUR: Seramai 17 atlet paralimpik kebangsaan telah menempah tiket untuk beraksi di Temasya Sukan Para Asia yang akan berlangsung di Guangzhou, China, dari 12 hingga 19 Disember ini.

Pengarah cawangan paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Safrushahar Yusoff berkata, jumlah itu dijangka bertambah selepas semua kejohanan kelayakan bagi pemilihan ke Guangzhou selesai September ini.

"Matlamat Cawangan Paralimpik ialah untuk meningkatkan kedudukan atlet dalam senarai ranking dunia bagi melayakkan diri ke kejohanan Dunia mengikut sukan pada tahun 2010 dan 2011 seterusnya untuk ke Sukan Para Asia hujung tahun ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata prestasi di Sukan Para Asia juga akan menentukan kelayakan atlet untuk beraksi di Temasya Paralimpik Dunia di London pada 2012, selepas berakhirnya Sukan Olimpik pada tahun itu.

Mohd Safrushahar berkata, 11 atlet powerlifting yang telah melepasi kelayakan akan beraksi ke Kejohanan Majlis Paralimpik Antarabangsa dalam acara itu bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, pada 25 hingga 31 Julai nanti.

"Bagi sukan olahraga, enam atlet telah berjaya melepasi MQS. Pihak kita akan menghantar mereka untuk mewakili Malaysia ke Kejohanan Olahraga IPC Dunia di New Zealand Januari tahun hadapan," katanya.

Sebagai persiapan ke Sukan Para Asia, seramai 64 atlet elit paralimpik negara khususnya daripada acara renang, olahraga, powerlifting dan memanah kini giat menjalani latihan sepenuh masa di MSN.

Sementara itu, atlet bagi acara badminton dan tenpin boling berlatih secara separuh masa di MSN. Kebanyakan mereka menjalani latihan di tempat masing-masing.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain