suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Pelayar Jalani Latihan Di Langkawi Menjelang Olimpik Remaja

KUALA LUMPUR: Dua pelayar muda negara Mohd Amirul Shafiq Md Jais dan Khairunneeta Mohd Afendy akan berlatih selama dua minggu di Langkawi bulan depan sebelum ke Sukan Olimpik Remaja 2010 di Singapura pada 14-26 Ogos ini.

Pengurus Besar Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Mohd Afendy Abdullah berkata Mohd Amirul Shafiq, 16, dan Khairunneeta, 15, akan memulakan latihan pada 1 Julai ini selepas berakhirnya Sukan Malaysia yang sedang berlangsung di Melaka.

Mohd Amirul Syafiq dan Khairunneeta masing-masing meraih tempat ketiga dan keempat bagi kategori Byte C2 dalam kelas lelaki dan perempuan keseluruhan pada Kejohanan Sukan Remaja Asia di Singapura tahun lepas. - BERNAMA

Artikel Lain