suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Pemain Tengah Skuad Bola Sepak Sarawak Maut

KUCHING: Bekas pemain tengah skuad bola sepak Sarawak, Azwa Mahsin, terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Batu 9, Jalan Kuching-Serian di sini, awal hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi, Azwa, 24, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta jenis Perodua Viva yang dipandunya dipercayai terbabas dan merempuh pokok di tepi jalan akibat hilang kawalan.

Rakan wanitanya berumur 16 tahun yang turut berada dalam kereta tersebut patah kedua-dua belah kaki, menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan keadaannya dilaporkan stabil.

Azwa yang berasal dari Kampung Demak Laut, pernah mewakili skuad bola sepak Sarawak dalam saingan Liga Super 2006/2007.

Allahyarham yang kini bertugas sebagai pengawal keselamatan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), difahamkan akan mewakili Sarawak dalam pertandingan futsal yang akan berlangsung di Pulau Pinang pertengahan bulan ini.

Azwa yang baru enam bulan bernikah dengan gadis pilihannya, merancang untuk melangsungkan persandingan serentak bersama abangnya pada bulan depan.

- BERNAMA

Artikel Lain