suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tujuh Jaguh Snuker Dan Biliard Wakili Negara Ke Sukan Asia

KUALA LUMPUR: Persekutuan Snuker dan Biliard Malaysia (MSBF) akan menghantar sekurang-kurangnya tujuh atlet untuk mengambil bahagian dalam kejohanan Sukan Asia di Guangzhou, China pada 13 hingga 21 November ini.

Setiausaha kehormatnya Melvin Chin berkata persatuan itu sudah menyenarai pendek atlet yang dilihat berpotensi untuk menyumbang pingat di Guangzhou, namun keputusan akhir masih belum dibuat.

"Mungkin dalam jangka masa dua atau tiga bulan nanti baru dapat umumkan nama atlet-atlet yang layak dipilih untuk menggalas cabaran di Guangzhou," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

"Yang pasti tiga orang atlet akan berentap dalam acara snuker dan empat orang dalam acara pool lelaki dan wanita menjadikan jumlah keseluruhannya seramai tujuh orang atlet," tambahnya.

Beliau berkata MSBF yang menaruh harapan tinggi kepada atletnya berharap mereka mampu membawa pulang pingat, dan menurutnya soal mengenai sasaran pingat akan hanya dibuat selepas senarai akhir atlet ke Sukan Asia itu diumunkan nanti.

Sebagai rekod pada Sukan Asia Doha 2006, skuad snuker dan biliard berjaya memperolehi satu pingat perak dalam acara pool wanita menerusi Esther Kwan dan Suhana Sabtu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

32 Pasukan Piala Dunia

Artikel Lain