suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Barry Terlepas Aksi Pembukaan England

GARETH Barry mengesahkan dia akan terlepas aksi pembukaan Piala Dunia bersama England ketika menentang Amerika Syarikat (AS), Sabtu ini.

Barry berusaha keras untuk memulihkan kecederaan buku lali yang diperolehinya ketika memperkuat Manchester City pada awal bulan Mei lalu.

Dia akan kembali menjalani latihan penuh bersama skuad The Three Lions sehari selepas aksi menentang AS dan akan memulakan saingannya esok.

"Saya diberitahu tidak akan diturunkan menentang AS untuk memberi peluang supaya memulihkan tahap kecederaan saya. Saya akan kembali menjalani latihan penuh dengan pasukan bermula esok," katanya.

Ketiadaan Barry menyebabkan Pengurus Fabio Capello mungkin menurunkan dua tonggak utama, Steven Gerrard dan Frank Lampard untuk mengetuai bahagian tengah England.

Artikel Lain