suria

Sukma:Pahang Janji Imbuhan Kepada Atlet Bawa Pulang Pingat

KUANTAN: Pahang menjanjikan imbuhan kepada atletnya yang dapat membawa pulang pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka yang bermula 10 hingga 19 Jun ini.

Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Datuk Wan Adnan Wan Mamat enggan mendedahkan jumlah imbuhan yang bakal diberi.

"Selepas Sukma ini akan ada majlis anugerah kecemerlangan sukan Pahang dan kita akan memberikan insentif ini pada masa itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bendera kontinjen Sukma Pahang, di sini hari ini.

Sebelum ini, atlet Pahang yang memenangi pingat emas di Sukma Terengganu pada 2008 diberikan imbuhan sebanyak RM1,000, perak (RM500) dan gangsa (RM300).

Wan Adnan berkata Pahang yang menghantar seramai 447 atlet dan 145 pegawai mensasarkan kedudukan lima terbaik dan 34 emas berbanding 29 emas yang dicapai pada Sukma Terengganu.

Katanya Pahang tidak membuat sasaran tinggi pada temasya kali ini kerana fokus sebenar adalah pada Sukma 2012 di laman sendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain