suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Pemain Liga Super Dalam Skuad Bola Sepak Sukma Negeri Sembilan

SEREMBAN: Negeri Sembilan tidak dapat menggunakan khidmat pemain kembar kebangsaan iaitu Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak dan adiknya Mohd Zaquan Adha pada Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka Jun ini berikutan kedua mereka akan bersama pasukan kebangsaan yang akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan di Turki.

Pengurus pasukan bola sepak Sukma Negeri Sembilan Faizal Zainal berkata pasukan bola sepak kebangsaan dijangka balik ke Malaysia selepas Sukma berakhir.

"Walaupun agak kecewa tetapi kita rela melepaskan kedua pemain ini demi khidmat mereka pada negara," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Namun katanya pada Sukma kali ini, Negeri Sembilan menyenaraikan enam pemainnya yang beraksi pada Liga Super musim ini.

Mereka ialah pemain penyerang Mohd Asyraf Al-Japri dan Mohd Firdaus Azizul, pemain pertahanan Mohd Alif Shamsuddin, pemain tengah Abdul Halim Zainal dan Qhairul Anuar Roslani serta penjaga gol Kaharuddin Abd Rahman.

"Senarai akhir 18 pemain akan diketahui selepas perlawanan persahabatan dengan juara Liga FAM Sime Darby FC di sini pada 3 Jun ini. Pasukan kita akan bertolak ke Melaka pada 5 Jun ini," katanya.

Katanya pada Sukma ini, Negeri Sembilan yang dilatih oleh ketua jurulatih Liga Super Negeri Sembilan Wan Jamak Wan Hassan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Johor dan Pahang.

Mengenai peluang Negeri Sembilan pada temasya sukan dwitahunan itu, Faizal berkata peluang adalah seimbang, namun sasaran Negeri Sembilan pada Sukma kali ini ialah pingat emas.

"Pemain sudah tahu tanggungjawab mereka dan saya sering terapkan agar mereka bermain sebagai satu pasukan yang membawa bendera Negeri Sembilan. Persefahaman berpasukan dan semangat juang tinggi setiap pemain adalah elemen penting untuk meraih kejayaan tersebut," katanya.

Negeri Sembilan pernah meraih pingat emas bagi acara bola sepak ketika menjadi tuan rumah Sukma 2004.

Artikel Lain