suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berdych Paksa Murray Pulang Lebih Awal

PARIS: Tomas Berdych mencipta kejutan apabila melangkah ke pusingan suku akhir dengan selesa selepas menewaskan pemain pilihan keempat, Andy Murray di gelanggang Suzanne Lenglen, semalam.

Dalam keadaan sedikit berangin di Roland Garros, Berdych mencatat kemenangan 6-4, 7-5, 6-3 untuk mengisi slot ke kelompok lapan terakhir pada kejohanan grand slam buat kali kedua.

Murray dilihat sebagai pemain pilihan untuk menjuarai kejohanan ini tetapi dia gagal mengekang kemaraan lawannya.

"Mungkin itu cara permaina Murray. Dia cuba mengganggu konsentrasi saya tetapi segalanya tidak menjadi. Saya amat gembira kerana berjaya menumpaskannya," kata Berdych.

Menurut Berdych, Murray tidak banyak memberi tekanan kepadanya terutama ketika melakukan rali.

Dia dilihat mempunyai ruang secukupnya untuk melakukan apa saja dan membolehkannya memenangi straight set.

Berdych, pemain pilihan ke-15 berjaya mematahkan pukulan servis Murray pada permainan kelapan untuk menguasai set pertama dan meletakkan kedudukan 2-0 pada set kedua sebelum pemain Scotland itu bangkit untuk mendahului dengan 4-3.

Namun, Murray tidak gembira dengan corak permainan itu dan Berdych mengikat kedudukan 5-5 sebelum mata penentuan yang membolehkannya bertemu Mikhail Youzhny untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Artikel Lain