suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terry Sedia Diturunkan Jumpa Portsmouth

COBHAM: Kapten Chelsea, John Terry menegaskan dia mahu diturunkan berdepan Portsmouth pada aksi final Piala FA, esok selepas menanggung kecederaan kaki sebelum ini.

Terry dilaporkan turut menyertai rakan sepasukannya dalams sesi latihan selepas menjalani pemeriksaan imbasan Rabu lalu.

Menurut laporan itu, tahap kecederaan yang dialaminya tidak begitu teruk.

Terdahulu, Terry dilaporkan mungkin patah kaki dan peluannya untuk mewakili England pada Piala Dunia di Afrika Selatan mula tipis.

"Kecederaan itu berlaku apabila Daniel Sturridge tiba-tiba terjatuh di atas badan saya. Pada masa itu, saya mengejar bola ke arah pintu gol," katanya.

Terry berkata dia hanya mengalami kesakitan di bahagian bawah tapak kaki.

"Pada mulanya saya fikir kecederaan itu teruk tetapi selepas pemeriksaan imbasan dilakukan, ia hanya kecederaan kecil. Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk beraksi," akhirinya.

Artikel Lain