suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

James Buruan Utama Redknapp

James mungkin mempertimbangkan tawaran bersama Spurs musim depan.
James mungkin mempertimbangkan tawaran bersama Spurs musim depan.
James mungkin mempertimbangkan tawaran bersama Spurs musim depan.

LONDON: Pengurus Harry Redknapp dilaporkan bersedia membawa masuk penjaga gol Portsmouth, David James ke White Hart Lane secara perpindahan percuma pada musim panas ini.

James merupakan buruan utama Redknapp selepas Portsmouth tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Selepas memikirkan untuk tidak menyertai Pompey pada Liga Divisyen 1, James mungkin mempertimbangkan tawaran untuk memulakan karier bersama Spurs musim depan.

Spurs mungkin memberi peluang kepada James memandangkan mereka enggan mengeluarkan pelaburan besar ke atas penjaga gol seperti Scott Loach dari Watford dan Boaz Myhill (Hull City) ketika pintu perpindahan pemain dibuka semula musim panas ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain