suria

Badminton Turut Diminati Di Nigeria

KUALA LUMPUR: Badminton kini mula mendapat tempat di Nigeria, negara yang mana bola sepak merupakan sukan utama.

Ia menganjurkan kejohanan badminton peringkat kebangsaan setiap tahun.

"Kami mempunyai enam pusat latihan dan tujuh zon pertandingan," kata pemain perseorangan lelaki pertama Piala Thomas negara tersebut, Fagbemi Olaoluwa.

Beliau berkata penyertaan pasukan itu menyertai kejohanan di sini dibiayai oleh Kementerian Sukan Nigeria.

Mengenai kelewatan ketibaan pasukan Nigeria sehingga tidak dapat bermain menentang Malaysia dan Jepun, beliau berkata ia bukan disebabkan oleh masalah kewangan.

"Kami terkandas 15 minit untuk pergi ke Lagos dari Abuja kerana kami ketinggalan penerbangan" katanya.

Penangguhan penerbangan menyebabkan pasukan Nigeria berada semalaman di lapangan terbang pada Jumaat lalu sehingga mendapat penerbangan seterusnya pada pagi Sabtu untuk ke Dubai.

Pemain perseorangan kedua, Adamu Ibrahim berkata keadaan itu mengecewakannya kerana terlepas peluang bertemu perseorangan pertama Malaysia Datuk Lee Chong Wei.

"Kami tidak gembira terlepas perlawanan pertama, ia akan menjadi pengajaran kepada kami untuk bersedia sepenuhnya pada kejohanan seterusnya iaitu Sukan Komanwel nanti," kata Ibrahim yang pernah menyertai Kejohanan Badminton Dunia 1999 di Denmark. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain