suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beri Sokongan Kepada Pemain Badminton Negara: Najib

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta orang ramai supaya memberikan sokongan mereka kepada pemain badminton negara bagi kejohanan Piala Thomas dan Uber yang bermula hari ini.

"Hari ini pemain-pemain badminton negara memulakan kempen Piala Thomas dan Uber di tanah air sendiri. Mari kita sama-sama menyokong pasukan itu dengan semangat 1Malaysia!," kata Najib dalam status Facebooknya yang terkini.

Jumaat lepas, Najib melahirkan harapannya agar para pemain badminton negara melakukan yang terbaik bagi merampas semula Piala Thomas, terutama di gelanggang sendiri. Kali terakhir Malaysia memenangi piala itu pada 1992.

Artikel Sebelum

Artikel Lain