suria

China Mampu Tundukkan Mana-Mana Pasukan - Li Yongbo

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih China Li Yongbo sering kali dikatakan seorang yang angkuh tetapi rekod pasukan Tembok Besar itu dalam saingan badminton Piala Thomas dan Uber menceritakan sikapnya itu.

Dengan tujuh kejuaraan Piala Thomas dan 11 Piala Uber, Li yakin pasukannya boleh menundukkan mana-mana lawan, sama ada dalam acara individu atau berpasukan.

"Kami tidak pernah memilih lawan. Kami menentang mana-mana individu atau pasukan dan rekod kami menjelaskannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

China memenangi Piala Thomas tujuh kali dan tidak pernah tewas sejak 2004.

Li, seorang pakar beregu yang memenangi banyak kejuaraan sebelum menjadi jurulatih, menolak tanggapan Malaysia mempunyai kelebihan sebagai tuan rumah.

Malaysia menewaskan China 3-1 pada separuh akhir Piala Thomas 2002 yang diadakan di Guangzhou, China.

"Dan kami boleh melakukannya di sini juga," kata Li.

Dalam kejohanan Piala Thomas kali ini, China selaku pilihan utama diletakkan dalam Kumpulan A bersama Korea Selatan dan Peru.

Dalam perlawanan pembukaan semalam, China mengalahkan Peru 5-0 dan akan memulakan cabaran sebenar bertemu Korea Selatan esok, pilihan kelima, untuk perlawanan terakhir peringkat kumpulan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain