suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyerang Kedah Tamatkan Zaman Bujang

ALOR SETAR: Penyerang pasukan bola sepak Kedah, Samransak a/l Kramphoon, 24, menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan Pat Chalin a/p Som Chit, 22, di kediamannya di sini hari ini.

Samransak yang pernah bermain untuk skuad kebangsaan sekitar tahun 2007 berkata, dia berharap agar perkahwinan itu akan memberi sinar baru dalam kariernya sebagai pemain bola sepak apatah lagi sepanjang musim lepas dia hanya berkesempatan beraksi dalam lima perlawanan awal Liga Super akibat kecederaan lutut kiri.

"Saya berehat selama sembilan bulan pada musim lepas kerana menjalani pembedahan di bahagian lutut kiri dan oleh itu pada musim depan saya berharap agar dapat beraksi setiap perlawanan," katanya.

Apa yang menariknya, Saramsak yang berketurunan Siam telah memilih konsep perkahwinan Melayu dan Jawa sebagai menghargai peminat dan kawan-kawannya yang banyak terdiri daripada kaum itu.

"Kawan-kawan dan jiran banyak yang berbangsa Melayu dan ini adalah untuk meraikan hari bahagia saya bersama mereka," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, isterinya Pat, berkata mereka mula berkenalan sejak empat tahun lepas di sebuah pusat membeli belah di sini dan beliau sudah bersedia untuk berdepan dengan kesibukan suaminya sebagai seorang pemain bola sepak.

"Dia juga seorang yang jujur dan saya akan terus menyokong kariernya," katanya.

Majlis itu turut dihadiri bekas pengurus pasukan Kedah, Datuk Othman Aziz dan para pemain bola sepak pasukan itu. - BERNAMA

Artikel Lain